Sunday, January 2, 2011

New Year At Pangkor



Sabtu 1 Januari 2011 - Start je tahun baru aku kena saman, aduyaii sakitnya hati, punca lepak sempena new year, haha:)
Aku tido kat rumah Azam semua barang dah standby dah, pagi2 pukul 8.30am semua dah berkumpul kat rumah Aidid di Mengelembu.

Semua muka tak cukup tidur, haha :)

Lepas semua dah ada baru bertolak, adalah dalam 2 jam perjalanan.



Di jeti Lumut semua angkut moto bawa ke Pangkor, tapi kita semua x dapat naik feri yang sama sebab satu feri boleh bawa 3 moto je so kitorang naik 3 feri yang berlainan.



Sampai2 je pusing satu pulau & cari stesyen minyak, klasik kot dia punya pam isi minyak tu.


Then cari port untuk berkhemah kat semua tempat Telok Dalam, Teluk Nipah, & Pasir Bogak tapi last2 kitorang amik port kat Teluk Nipah kat situ ramai orang tempat pun cantik.


Lepas dah siapkan barang khemah semua pergi melakukan aktiviti pantai, Azam, Aidid, Syamim & Jamil main kayak, aku & Awoi pula mandi laut je.



Malam tu buat campfire macam2 kitorang masak Burger, Maggi, Air & yang paling penting Shisha yang disediakan Syamim.




Tak boleh tido kitorang malam tu macam2 yang dibuat seperti cari ketam, Azam penakut ketam, lawak tul :D
Dah penat dalam pukul 4 macam tu baru kitorang tido tapi aku & Jamalul awal2 dah bangun cari tandas, haha :)
Pagi tu smua mandi laut Aidid je x sebab jaga barang, aku cadang nak main aktiviti yang menarik macam kayak or snorkelling, tapi hujan pulak so kitorang pack barang untuk balik.


Kat Jeti tu je kitorang dah buang masa banyak, sampai kat jeti pukul 12p.m sampai kat Lumut dalam pukul 4.10p.m banyak sangat moto yang nak ke Lumut, aduyai tension2 lepas makan pulak hujan lebat lagilah tension.
Sampai Ipoh kitorang berpecah untuk balik ke rumah masing2, memang terbaik lah kenangan bercuti di Pangkor dengan member2, harap2 sampai bila kita akan tetap bercuti macam ni.

No comments: