Sunday, November 14, 2010

Sunday Morning Ride


So ni first post aku pasal fixed gear bike walaupun boleh tahan lama lah aku beli fixie.
Pagi ni aku ride bersama Pedot & member lama aku Shahrin.
Bagi Shahrin ni first time dia ride kat Ipoh, sebelum ni kat Seri Iskandar & Lumut je.
Perjalanan pagi ni daripada Padang Ipoh Stadium Padang Polo Jusco Taman DR Railway Station.
Kat Stadium berhenti makan kejap & at our last stop Railway Station chill main skill, snap gambar & record video sikit.


Banyak gambar kat kamera Shahrin.
Time tgh main skill kat Raiway, tiba2 ada seorang Pak Cik datang cakap x dibenarkan main basikal kat sini, so terpaksa beredar dari situ then balik trus, penat pusing bandar Ipoh.
So ride pagi ni memang stylo!! Thanks to Shahrin & Pedot.
Harap akan bertambah ramai yg join ride ni lepas ni, and aku akan ride balik lepas 8 Disember 10 sebab SPM akan berlangsung selama beberapa minggu.


Wednesday, November 3, 2010

Cuti Peristiwa SMI

(Picture of the day)

Harini pagi2 lagi pergi Padang Polo sebab ada friendly futsal ngan team Anderson.
First time kitorang main pagi & first time aku yg paling lambat sampai.
Friendly ni ada unsur2 pergaduhan sikit, tapi bila dah abis kitorang settle elok2 & lepas ni diorang ajak friendly lagi & keputusan pagi ni SMI menang 3 kali, Anderson menang 2 kali.

Team futsal Anderson (gambar hiasan)

Habis game, terus gerak Ashby Road mau makan tgh hari.
Makan kat Ashby dapat save sikit duit & makanan pilihan kat sini Nasi Bujang & Nasi Goreng USA,
Habis makan ada yg pergi main snooker & ada yg main cc, so lepas masing2 dah abis main kitorang jumpa kat Pusat Akuatik Sultan Azlan Shah.
Kalau ada baca post blog yg dulu2 or tgk video "Reunion Terakhir" mesti dapat ingat balik tempat ni.
Tapi harini aku x record disebabkan kekurangan bateri, so pakai kamera Aidid sahaja.
Harini macam tahun lepas aku masih x mandi kat sini so aku tolong tangkap gambar untuk diorang.





Habis mandi diorang nak main futsal balik kat Padang Polo, ramai yg dah balik sebab penat.
So kat Polo diorang main aku & Jamalul lepak makan cendol je & sembang benda2 merepek ngan Aidid & Ezaly.
Lepas tu aku main balik je, sampai2 kat rumah dah malam baru sedar yg sebenarnya aku tertinggal kasut futsal keramat aku kat Padang Polo, aduyai macam mana plak boleh tinggal.

Puma kot, kalau Amporlo ke Asadi ke x mengapalah.

Malam tu aku cari balik kat tempat tu tapi xde, dalam tgh mencari tiba2 aku tersuluh orang buat benda bukan2, so aku blah trus.
Harap2 dapat baliklah kasut futsal aku tu.