Sunday, March 20, 2011

Salam Pantai Timur 2011



Rabu 16 Mac 2011 - Bertolak dari Ipoh ke Kuala Besut, Terrengganu seawal 12 malam, banyak berhenti berehat.
Turut serta dalam percutian ni member2 mak aku, smuanya sporting2 n lawak:)
Dalam Perjalanan adalah jumpa gajah 2 ekor, nasib baik anak gajah, haha:)

Sambil menunggu bot

Sampai Kuala Besut sebelum Subuh, bot ke Pulau Perhentian pulak pukul 10pagi sempat breakfast jap kat situ sambil menunggu bot.
Walaupun hujan lebat dan ombak yg kuat, bot tu tetap meneruskan perjalanan ke P. Perhentian.

Hujan lebat

Time atas bot tu tawakal je la, aku xtau la mcm mana nelayan boleh hidup dalam keadaan macam tu dgn ombak dan hujan yg sgt lebat.

Basah lenjun time dah sampai, haha :)

Sampai je kat resort lepak2 jap sampai hujan berhenti petang tu lepak2 tepi pantai.

Lepak2 tepi pantai

Malam tu plak makan kat restoran resort tu mahal gila Nasi Goreng, Meehun, Kueytiow smuanya RM10.

Khamis 17 Mac 2011 - Awal2 pagi dh breakfast kt restoran tu, kemudian pergi snorkelling.


Breakfast






Ombak kuat sgt pagi tu sebab angin monsoon yg x menentu, so x berapa best la snorkelling haritu.
Macam2 ikan dapat dilihat kat tempat yg pemandu bot tu bawa, penyu pun banyak.
Makan tgh hari kat Pulau sebelah, murah sikit la daripada resort yg kitorang duduk tu.


Petang tu plak lepak2 kat tepi pantai cuci mata, haha :)

Malam macam biasa makan kat restoran resort tu.

Jumaat 18 Mac 2011 - Pagi2 dh risau sebab awan mendung, risau perjalanan bot balik nanti macam time pergi haritu, haha:)
Lepas breakfast, lepak2 jap pukul 12 tgh hari baru bot sampai untuk ke Kuala Besut semula.
Solat Jumaat di Masjid Terrenganu, makan tgh hari kat kedai TomYam Kota Bharu, Kelantan.

Ideal Tom yam Kota Bharu

Tido semalam kat Guest House Kelantan, sebab mau shopping kt Wakaf Che Yeh, haha :)
Banyak juga aku beli barang kat Wakaf Che Yeh tu.


Abeyra Guest House, Wakaf Che Yeh


Sabtu 19 Mac 2011 - Pagi2 pergi ke Pasar Besar Siti Khadijah beli barang sikit, then pergi Rantau Panjang beli barang lagi.

Siam

Barang2 kat sini murah sikit la dari Wakaf Che Yeh semalam.
Lepas dah selesai urusan kat situ, kitorang pun bertolak ke Ipoh, banyak perhentian yg dilawati.


Perhentian Bukit Titiwangsa

Tuesday, March 1, 2011

Seladang vs Harimau Muda

Bas Squad Harimau Muda

Tiket Semurah Rm10

1 March - Match harini antara yang aku nak tgk sangat sebab Perak akan melayani kunjungan skuad Harimau Muda.
Banyak juga player2 yang aku minat ada bersama Harimau Muda antaranya Muslim Ahmad, Mahali, Gurusamy n banyak lagi.
Kitorang datang stadium seawal pukul 8 malam, aku tggu yang lain kat luar sambil tgk jersi2 yang dijual diluar stadium.
Yang lain dah sampai baru kitorang masuk stadium mencari Aidid & Azam yang dah lama masuk.

First Team Perak

First team Harimau Muda

Gol Harimau Muda muncul seawal minit ke 11 jaringan Wan Zack, defend leka sikit time ni.

Harimau Muda Meraikan Gol pertama perlawanan



Keputusan Separuh Masa Pertama

Second half pulak Perak terus menyerang dengan memasukkan semula Razali Umar Kandasamy, setelah lama x main.
Game malam ni tercemar sikit dengan keputusan2 refree yang menybabkan satu stadium tidak berpuas hati.

Gol Akmal Rizal tidak dikira kerana offside

Gol penyamaan dari Perak hadir pada babak2 akhir perlawanan menerusi freekick yg cantik dari pemain Perak jersi 19 Mohd Nor Hazrul akibat bola terkene tangan Gurusamy.

Freekick Yang diambil Mohd Nor Hazrul

Satu stadium meraikan gol penyamaan di minit2 akhir perlawanan

Barisan pertahanan Harimau Muda memang aku tabik pada perlawanan ini, banyak serangan2 dari skuad Seladang berjaya disekat, apa2 pun masing2 pulang dengan 1 mata.

Keputusan akhir perlawanan

Selepas wisel penamat ditiup

Habis game lepak Vanggey jap makan2, minum2 Aidid ngan Azam wat kerja gila makan free, haha :)



Kat Vanggey nak sembang x best x sejuk, so kitorang lepak Padang Polo sembang2 & cadang nak tgk MU vs Chelsea trus pagi ni, tapi masing2 dah ngantuk & ada yang kerja so smua balik rumah dalam pukul 3 macam tu.

Masing2 x tahan nak kencing kat Polo sampai kat tong sampah pun jadi, haha