Tuesday, August 31, 2010

Kuala Lumpur




Sabtu 28 Ogos 2010 - Pagi2 lagi dah bertolak ke KL, disebabkan dapat berita yang Abg Hafiz masuk hospital akibat terkena pancaran elektrik hampir 90% badannya melecur ketika sedang menaik taraf pencawang di sebuah kilang tayar.
Kilang ni memang kontroversi beberapa tahun yang lalu Pak Cik sedara aku terkena kanser mulut akibat kilang tayar ni juga.

Prince Court Medical Centre, berhadapan KLCC

Kitorang sampai kat Prince Court Medical Centre dalam pkul 11 a.m, hospital tu memang 5 star & no 1 di Asia, semuanya ditanggung oleh TNB.

Sambil tu on9 jap.

Nak melawat dia hanya 2 orang sahaja pada satu masa, tapi x boleh tgk depan2 hanya tgk melalui luar cermin wad tu je.



Petang tu pulak aku gi shopping jap kat Petaling Street, cari baju & kasut, banyak juga pilihan kasut.


Then lepak Subang Parade jap nak cari port utk buka puasa, hampir semua tempat makan kat situ penuh so cari tempat lain untuk berbuka, kat PJ.
Malam tu tidur kat rumah Mak Ngah je, kat Bukit Kapar, Klang.

Ahad 29 Ogos 2010 - Pagi tu kitorang pergi semula Prince Court Medical Centre tu, nak tau perkembangan abg Hafiz mcm mana, harini ramai juga yg melawat, saudara mara dan kawan2 dia.

Gambar2 yang sempat diambil.



Petang tu balik Ipoh Mak Wan & Pak Wan mintak doakan supaya abg Hafiz cepat sembuh.
Lepas tu cadang nak pergi Petaling Street balik, tapi x sempat sebab nak berbuka lagi.


2 Hari kemudian 31 Ogos 2010 bersamaan dengan Merdeka, kitorang diberitahu bahawa Abg Hafiz telah meninggal dunia buat selama2nya.
Dia pergi pada waktu yang x sesuai, lagi seminggu lebih shaja kita smua bakal meraikan Aidilfitri & pada raya tahun inilah dia bakal bertunang, tapi smuanya tidak menjadi setelah dia kembali ke rahmatullah.
Takziah kepada keluarga Mak Wan dan bakal tunangnya itu, semoga arwah ditempakan bersama orang yang beriman, Amin.

2 comments:

pu-three said...

woi spm woi hha

Your Secret Admire said...

=.=' sempt agi shppng ta paham uh .