Monday, July 11, 2011

Lari Dari Bersih 2.0

Macam Sial

Jumaat 8 July 2011 - Harini terpaksa ponteng kelas English & PC Competency sebab KL dah kecoh pasal demonstrasi haram BERSIH 2.0. Mak Ngah & Ayah aku x bagi pergi kelas arini so call tumpang Abg Hafiz untuk balik ke rumah Mak Ngah kat Klang, Selangor.

Sabtu 9 July 2011 - Harini demonstari haram kat KL, kebanyakannya jalan tutup & harini aku & Iqram plan nak ke I-city Shah Alam ada GIG TV9 kat sana,tu dah la GIG warna kuning sebab Digi yg organise warna yang sama dengan Bersih 2.0, haha :)

Jalan sesak, Bersih 2.0 punya pasal


Kitorang kira datang terlebih awal la sebab mana2 band pun belum perform lagi, so aku pun teruskan misi aku untuk dapatkan t-shirt The Azenders yg offical jual kat GIG ni, tapi x jumpa.
So melawat la kedai yg ada n kutip merchandise percuma daripada Badger & Morning Rocket.

Thanks Badger Malaysia

T-shirt yg macam Sam pakai tu yg aku cari.

Dah boring sangat xde siapa2 perform & aku pun x jumpa t-shirt tu, kitorang pun gerak ke destinasi seterusnya "Grafa" survey barang2 untuk bike aku yg dah lama terbengkalai.

GRAFA

Lepas tu ke Sunway Pyramid pula cari kasut & aku hampir terbeli kasut kat Cotton On, tapi pikir2 balik baik beli time raya nanti.

COTTON ON SUNWAY PYRAMID

Ahad 10 July 2011 - Awal2 pagi aku & Iqram bertolak ke Stadium Shah Alam, misi kat sini nak cari kasut boat shoes, dulu Iqram beli boat shoes kat sini RM10 je, tapi barang reject from kastam la tapi sayang dah xde jual dah kasut tu.

PASAR KARAT (gambar hiasan)

Lepas tu pergi ke sekitar Seksyem 7, 18, Sri Muda & Sri Alam cari barang basikal pula.
Iqram pun tgh usha2 nak beli bike apa nanti & Kedai tumpuan harini TRM Bike Shop kat Seksyen 7.
Tercabar iman aku & Iqram tgk frame kat situ, & Iqram dah target Leader for next project dia.
Dekat Seksyen 18 pula aku jumpa fork yg tyre clearance dia 700c x28c, tapi aku baru beli fork & x pakai lagi. macam mana ni.

TRM

Iqram next target


Isnin 11 July 2011 - Pukul 6 .30 pagi dah bertolak dari Klang ke KLMU, sekali lagi tumpang Abg Hafiz sebab dia pun nak pergi kerja so gerak sekali la, thanks Abg Hafiz sebab dah banyak tolong aku.

KLMU

Wednesday, June 1, 2011

Minggu-minggu terakhir di Ipoh

Bandar Universiti, Seri Iskandar

27 May 2011 - Hari ni event Critical Mass yang pertama kali di Ipoh, so masing2 setting basikal termasuk lah Jamalul yg hangat2 taik ayam main fixed gear ni.Basikal aku pulak x sempat nak siap untuk Critical mass ni, terpaksa la pinjam wheelset, single wall pun jadilah.
Ramai rider2 yg hadir smua basikal pun ada walaupun first time event ni kat Ipoh, tapi ada beberapa masalah time event ni, standard la first time, haha:)
Antara masalahnya, marshall event ni x ikut map yang disediakan & diorang gerak awal sangat.
Member2 Nexscale dari Manjung lewat sikit x dapat nak join sebab diorang gerak awal sangat.
So harap dapat diperbaiki untuk next event guys.

Gambar2 diambil dari FB: Critical Mass Ipoh



Group basikal tua yang marshall pada malam itu.



Muka2 yang hadir






1 June 2011 - Sementara masih ada kat Ipoh ni aku nak kayuh puas2 lepas ni beberapa bulan lah x jumpa bike aku ni. So aku ajak Ammar & Faiq untuk ride jauh sikit ke Manjung, sehari sebelum ni aku ride sampai Batu gajah je so hari ni try jauh sikit. Gerak dalam pukul 7.50am macam tu, jalan sedap sebab ikut highway Ipoh-Lumut, long distance memang sedap lah. Semasa dalam perjalanan, terjumpa seorang lagi rider MTB, laluan tu memang rutin dia, dah sampai Batu gajah dia pusing Ipoh balik. Sampai Seri Iskandar hujan pulak turun dengan lebat, terpaksa lepak berteduh kat Kedai Mamak di Seri Iskandar. Sambil lepak contact Shahrin untuk ajak lepak sekali kebetulan dia tengah rehat sebelum kelas start kat UITM Seri Iskandar.Masa dah banyak terbuang kat Seri Iskandar, so terpaksa lupakan niat hendak ke Manjung tambah2 lagi hujan.So bertolak semula ke Ipoh, perjalan pergi balik ada dalam 80km keseluruhan.
11 jun ni aku dah start sambung belajar dah, so harap dapat ride lebih jauh selepas ni.

Gambar2 sepanjang perjalanan


Seri Iskandar border





Tiub spare mmg penting

Wednesday, April 20, 2011

Hari Keputeraan Sultan Perak


Selasa 19 April 2011 - Harini seluruh negeri Perak cuti umum sempena hari kelahiran Sultan Perak.
So plan untuk harini Aidid mengajak untuk pulang ke kampung dia kat Kuala Kangsar.
Suruh dtg pukul 12, smuanya dtg pukul 1, sebab x cukup tido punca lepak malam semalam.


Perjalanan ikut highway cepat sikit.
Kat sana kitorang lepak2, sambil mandi kat Sg. Lubuk Angsa.
Cantik permandangan kat situ, kena melalui ladang getah untuk pergi ke sana.





Moto sangkut

Lepas 2-3 jam mandi kat sana, kitorang pun balik.
Sebelum balik lepak, sembahyang kat rumah Opah Aidid jap.
Kat sini juga Syamim, Jamalul & Awoi x melepaskan peluang untuk menghabiskan nasi dan lauk yang ada kat situ.
Kesian Opah Aidid dh xde benda dah nak makan, haha :)

Makan @ Kampung Aidid

Pukul 6 terus ke Ipoh balik untuk tengok Perak vs Terengganu.
Perlawanan berkesudahan 1-1, Perak jatuh ke tangga ke-5.
Sebelum tu minum2 jap kat Ashby Road.





Gol daripada Shafiq Jamal

Game malam ni agak slow sikit, banyak dikuasai team Terengganu.
Abis game je kitorang terus balik, penat siot, haha.

Friday, April 8, 2011

Friday Nite Ride



Jumaat 8 April 2011 - Setiap Jumaat malam kayuh macam biasa. Starting at Padang Polo @ Jalan Brash.Ramai juga la yg ride malam ni ada lebih kurang 30 dan ke atas.Ramai rider dari Medan Gopeng, turut serta Jonat & the geng, lama dah dia ni x ride.Banyak stop juga lah diorang, sebab kebanyakan diorang nak main trick. Satu bandar Ipoh sudah ditawan malam tadi termasuk lah Jalan Yang Kalsom.Diorang plan nak buat Critical Mass yang pertama kat Ipoh ni, so harap2 la ramai yg memberi sokongan.Habis ride lepak McD lapar siot :)




Jonat Trickster pun ada




Bunny Hop gagal si snap


Gagal di snap lagi



Sunday, March 20, 2011

Salam Pantai Timur 2011



Rabu 16 Mac 2011 - Bertolak dari Ipoh ke Kuala Besut, Terrengganu seawal 12 malam, banyak berhenti berehat.
Turut serta dalam percutian ni member2 mak aku, smuanya sporting2 n lawak:)
Dalam Perjalanan adalah jumpa gajah 2 ekor, nasib baik anak gajah, haha:)

Sambil menunggu bot

Sampai Kuala Besut sebelum Subuh, bot ke Pulau Perhentian pulak pukul 10pagi sempat breakfast jap kat situ sambil menunggu bot.
Walaupun hujan lebat dan ombak yg kuat, bot tu tetap meneruskan perjalanan ke P. Perhentian.

Hujan lebat

Time atas bot tu tawakal je la, aku xtau la mcm mana nelayan boleh hidup dalam keadaan macam tu dgn ombak dan hujan yg sgt lebat.

Basah lenjun time dah sampai, haha :)

Sampai je kat resort lepak2 jap sampai hujan berhenti petang tu lepak2 tepi pantai.

Lepak2 tepi pantai

Malam tu plak makan kat restoran resort tu mahal gila Nasi Goreng, Meehun, Kueytiow smuanya RM10.

Khamis 17 Mac 2011 - Awal2 pagi dh breakfast kt restoran tu, kemudian pergi snorkelling.


Breakfast






Ombak kuat sgt pagi tu sebab angin monsoon yg x menentu, so x berapa best la snorkelling haritu.
Macam2 ikan dapat dilihat kat tempat yg pemandu bot tu bawa, penyu pun banyak.
Makan tgh hari kat Pulau sebelah, murah sikit la daripada resort yg kitorang duduk tu.


Petang tu plak lepak2 kat tepi pantai cuci mata, haha :)

Malam macam biasa makan kat restoran resort tu.

Jumaat 18 Mac 2011 - Pagi2 dh risau sebab awan mendung, risau perjalanan bot balik nanti macam time pergi haritu, haha:)
Lepas breakfast, lepak2 jap pukul 12 tgh hari baru bot sampai untuk ke Kuala Besut semula.
Solat Jumaat di Masjid Terrenganu, makan tgh hari kat kedai TomYam Kota Bharu, Kelantan.

Ideal Tom yam Kota Bharu

Tido semalam kat Guest House Kelantan, sebab mau shopping kt Wakaf Che Yeh, haha :)
Banyak juga aku beli barang kat Wakaf Che Yeh tu.


Abeyra Guest House, Wakaf Che Yeh


Sabtu 19 Mac 2011 - Pagi2 pergi ke Pasar Besar Siti Khadijah beli barang sikit, then pergi Rantau Panjang beli barang lagi.

Siam

Barang2 kat sini murah sikit la dari Wakaf Che Yeh semalam.
Lepas dah selesai urusan kat situ, kitorang pun bertolak ke Ipoh, banyak perhentian yg dilawati.


Perhentian Bukit Titiwangsa