Sunday, January 2, 2011

New Year At Pangkor



Sabtu 1 Januari 2011 - Start je tahun baru aku kena saman, aduyaii sakitnya hati, punca lepak sempena new year, haha:)
Aku tido kat rumah Azam semua barang dah standby dah, pagi2 pukul 8.30am semua dah berkumpul kat rumah Aidid di Mengelembu.

Semua muka tak cukup tidur, haha :)

Lepas semua dah ada baru bertolak, adalah dalam 2 jam perjalanan.



Di jeti Lumut semua angkut moto bawa ke Pangkor, tapi kita semua x dapat naik feri yang sama sebab satu feri boleh bawa 3 moto je so kitorang naik 3 feri yang berlainan.



Sampai2 je pusing satu pulau & cari stesyen minyak, klasik kot dia punya pam isi minyak tu.


Then cari port untuk berkhemah kat semua tempat Telok Dalam, Teluk Nipah, & Pasir Bogak tapi last2 kitorang amik port kat Teluk Nipah kat situ ramai orang tempat pun cantik.


Lepas dah siapkan barang khemah semua pergi melakukan aktiviti pantai, Azam, Aidid, Syamim & Jamil main kayak, aku & Awoi pula mandi laut je.



Malam tu buat campfire macam2 kitorang masak Burger, Maggi, Air & yang paling penting Shisha yang disediakan Syamim.




Tak boleh tido kitorang malam tu macam2 yang dibuat seperti cari ketam, Azam penakut ketam, lawak tul :D
Dah penat dalam pukul 4 macam tu baru kitorang tido tapi aku & Jamalul awal2 dah bangun cari tandas, haha :)
Pagi tu smua mandi laut Aidid je x sebab jaga barang, aku cadang nak main aktiviti yang menarik macam kayak or snorkelling, tapi hujan pulak so kitorang pack barang untuk balik.


Kat Jeti tu je kitorang dah buang masa banyak, sampai kat jeti pukul 12p.m sampai kat Lumut dalam pukul 4.10p.m banyak sangat moto yang nak ke Lumut, aduyai tension2 lepas makan pulak hujan lebat lagilah tension.
Sampai Ipoh kitorang berpecah untuk balik ke rumah masing2, memang terbaik lah kenangan bercuti di Pangkor dengan member2, harap2 sampai bila kita akan tetap bercuti macam ni.

Sunday, November 14, 2010

Sunday Morning Ride


So ni first post aku pasal fixed gear bike walaupun boleh tahan lama lah aku beli fixie.
Pagi ni aku ride bersama Pedot & member lama aku Shahrin.
Bagi Shahrin ni first time dia ride kat Ipoh, sebelum ni kat Seri Iskandar & Lumut je.
Perjalanan pagi ni daripada Padang Ipoh Stadium Padang Polo Jusco Taman DR Railway Station.
Kat Stadium berhenti makan kejap & at our last stop Railway Station chill main skill, snap gambar & record video sikit.


Banyak gambar kat kamera Shahrin.
Time tgh main skill kat Raiway, tiba2 ada seorang Pak Cik datang cakap x dibenarkan main basikal kat sini, so terpaksa beredar dari situ then balik trus, penat pusing bandar Ipoh.
So ride pagi ni memang stylo!! Thanks to Shahrin & Pedot.
Harap akan bertambah ramai yg join ride ni lepas ni, and aku akan ride balik lepas 8 Disember 10 sebab SPM akan berlangsung selama beberapa minggu.


Wednesday, November 3, 2010

Cuti Peristiwa SMI

(Picture of the day)

Harini pagi2 lagi pergi Padang Polo sebab ada friendly futsal ngan team Anderson.
First time kitorang main pagi & first time aku yg paling lambat sampai.
Friendly ni ada unsur2 pergaduhan sikit, tapi bila dah abis kitorang settle elok2 & lepas ni diorang ajak friendly lagi & keputusan pagi ni SMI menang 3 kali, Anderson menang 2 kali.

Team futsal Anderson (gambar hiasan)

Habis game, terus gerak Ashby Road mau makan tgh hari.
Makan kat Ashby dapat save sikit duit & makanan pilihan kat sini Nasi Bujang & Nasi Goreng USA,
Habis makan ada yg pergi main snooker & ada yg main cc, so lepas masing2 dah abis main kitorang jumpa kat Pusat Akuatik Sultan Azlan Shah.
Kalau ada baca post blog yg dulu2 or tgk video "Reunion Terakhir" mesti dapat ingat balik tempat ni.
Tapi harini aku x record disebabkan kekurangan bateri, so pakai kamera Aidid sahaja.
Harini macam tahun lepas aku masih x mandi kat sini so aku tolong tangkap gambar untuk diorang.





Habis mandi diorang nak main futsal balik kat Padang Polo, ramai yg dah balik sebab penat.
So kat Polo diorang main aku & Jamalul lepak makan cendol je & sembang benda2 merepek ngan Aidid & Ezaly.
Lepas tu aku main balik je, sampai2 kat rumah dah malam baru sedar yg sebenarnya aku tertinggal kasut futsal keramat aku kat Padang Polo, aduyai macam mana plak boleh tinggal.

Puma kot, kalau Amporlo ke Asadi ke x mengapalah.

Malam tu aku cari balik kat tempat tu tapi xde, dalam tgh mencari tiba2 aku tersuluh orang buat benda bukan2, so aku blah trus.
Harap2 dapat baliklah kasut futsal aku tu.

Tuesday, August 31, 2010

Kuala Lumpur




Sabtu 28 Ogos 2010 - Pagi2 lagi dah bertolak ke KL, disebabkan dapat berita yang Abg Hafiz masuk hospital akibat terkena pancaran elektrik hampir 90% badannya melecur ketika sedang menaik taraf pencawang di sebuah kilang tayar.
Kilang ni memang kontroversi beberapa tahun yang lalu Pak Cik sedara aku terkena kanser mulut akibat kilang tayar ni juga.

Prince Court Medical Centre, berhadapan KLCC

Kitorang sampai kat Prince Court Medical Centre dalam pkul 11 a.m, hospital tu memang 5 star & no 1 di Asia, semuanya ditanggung oleh TNB.

Sambil tu on9 jap.

Nak melawat dia hanya 2 orang sahaja pada satu masa, tapi x boleh tgk depan2 hanya tgk melalui luar cermin wad tu je.



Petang tu pulak aku gi shopping jap kat Petaling Street, cari baju & kasut, banyak juga pilihan kasut.


Then lepak Subang Parade jap nak cari port utk buka puasa, hampir semua tempat makan kat situ penuh so cari tempat lain untuk berbuka, kat PJ.
Malam tu tidur kat rumah Mak Ngah je, kat Bukit Kapar, Klang.

Ahad 29 Ogos 2010 - Pagi tu kitorang pergi semula Prince Court Medical Centre tu, nak tau perkembangan abg Hafiz mcm mana, harini ramai juga yg melawat, saudara mara dan kawan2 dia.

Gambar2 yang sempat diambil.



Petang tu balik Ipoh Mak Wan & Pak Wan mintak doakan supaya abg Hafiz cepat sembuh.
Lepas tu cadang nak pergi Petaling Street balik, tapi x sempat sebab nak berbuka lagi.


2 Hari kemudian 31 Ogos 2010 bersamaan dengan Merdeka, kitorang diberitahu bahawa Abg Hafiz telah meninggal dunia buat selama2nya.
Dia pergi pada waktu yang x sesuai, lagi seminggu lebih shaja kita smua bakal meraikan Aidilfitri & pada raya tahun inilah dia bakal bertunang, tapi smuanya tidak menjadi setelah dia kembali ke rahmatullah.
Takziah kepada keluarga Mak Wan dan bakal tunangnya itu, semoga arwah ditempakan bersama orang yang beriman, Amin.

Monday, August 2, 2010

Hujung & Awal Bulan


Sabtu 31 July 2010 - Pagi2 dah bertolak ke Kuala Kangsar, tgk game ragbi under 16 kat Tekinik Kuala Kangsar.
Kitorang pergi 4 moto je, Jamalul, Aidid, Jamil, Nazreen & termasuk aku.
Nazreen naik ngan Aidid.

Mok Radin dengan fesyen rambut baru.


Sampai sana tgk 2 game, Mok dgn dah botaknya mmg stylo, haha :)
Pagi tu breakfast kat kedai mamak.
Style gak la SMI main, Cikgu Helmi x kisah diorang kalah asalkan dapat tambah pengalaman main untuk player2 baru je, & Pedot punya try mmg style.
Lepas tu grak pergi Galeri Sultan Azlan Shah tapi kena bayar plak, kitorang kebetulan xde duit, so jalan2 tangkap gambar je.




Berhenti rehat kat Kawasan Rehat Sg Perak, bersantai jap sambil makan pastu baru sambung perjalanan.

Kubu yang terdapat kat Muzium tu.

Sampai Ipoh kitroang pergi Muzium, then diorang smua lepak rumah aku Awoi pun ada dtg sampai senja.


Malam tu plak gi tgk wayang kat JJ cerita SALT sikit punya lama mau tggu pkul 11.15pm baru start.

Ahad 1 August - Pagi gi tusyen sikit punya penuh je kena duduk btul2 dpan whiteboard, haha
aku Farid & Tun je yg muat yg lain masuk pukul satu, haha siapa suruh lambat.
Balik2 je gi Pesanjung diorang lepak situ.
Diorang yg lain pergi tusyen aku, Farid & Tun xtau nak gi mana so kitorang pergi Gua Kek Look Tong.

Batu Kapur





Stylo gak kat situ, kitorang tgkp gambar, lepak2 jap kat situ.
Dalam tu banyak unsur2 agama Buddha, takut kot nak masuk dalam tu.





Petang tu plak kitorang main Futsal kat Padang Sultan Azlan Shah, macam2 kontroversi ada, sampai ada yg kaki naik kepala.
Kitorang main satu team 5 orang menang 2 gol stay dalam court, ramai gak challenger & team aku yg terdiri daripada, Adi, Afiq, Hafizul, & Haikal team yg paling lama stay dalam court, haha memang cara ahh.
Balik tu lepak minum kat Ashby Road.